fbpx
Anwar beramah mesra bersama komuniti setempat selepas Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Bagi Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara Di Taman Rimba Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Isu Rumah Panjang Bukit Kiara bukti orang miskin boleh menang – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyelesaian isu Rumah Panjang Bukit Kiara ialah satu sejarah penting yang membuktikan golongan miskin bandar mampu mempertahankan hak mereka menerusi proses undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, kejayaan tersebut jarang berlaku kerana kebiasaannya golongan miskin sering tewas apabila berdepan pembangunan dan tekanan ekonomi di kawasan bandar.

“Projek ini mungkin tidak besar, tetapi kesannya dari segi sejarah amat besar. Biasanya dalam pertarungan seperti ini orang miskin memang kalah.

“Di sini saudara-saudara menang kerana mempertahankan hak dan kedaulatan undang-undang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Bagi Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara di Taman Rimba Kiara hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan menghormati keseluruhan proses perundangan sebelum mencari jalan penyelesaian terbaik selepas keputusan mahkamah dicapai.

Katanya, isu yang berlarutan selama 44 tahun itu akhirnya dapat diselesaikan menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan, penjawat awam, penduduk dan pemaju.

“Kalau kita hormat proses undang-undang, selepas keputusan dibuat kita kena cari jalan untuk selesaikan masalah rakyat.

“Janji lama, perjanjian lama diteliti semula dan akhirnya kita cari penyelesaian yang adil,” ujarnya.

Beliau berkata, pengalaman di Bukit Kiara perlu dijadikan contoh kepada seluruh negara bahawa pembangunan tidak boleh mengabaikan hak golongan kurang berkemampuan.

Terdahulu, penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara menunggu selama lebih empat dekad untuk mendapatkan penempatan kekal selepas dipindahkan ke kawasan itu pada awal 1980-an. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN