fbpx
Anwar berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Bagi Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara Di Taman Rimba Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Kerajaan lulus RM1j tampung kos selenggara rumah penduduk Bukit Kiara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara bakal menerima bantuan tambahan apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM1 juta bagi menampung kos penyelenggaraan kediaman baharu mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu diperlukan bagi memastikan penduduk tidak terbeban dengan kos pengurusan selepas berpindah ke rumah baharu.

Menurutnya, peruntukan tersebut akan disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menguruskan kos penyelenggaraan sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun pertama.

“Kita tahu bila pindah rumah ada lagi keperluan. Kena jaga penyelenggaraan, kebersihan dan kawasan persekitaran.

“Sebab itu saya setuju kita perlu bantu penduduk di sini. Saya luluskan RM1 juta untuk menampung kos penyelenggaraan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Bagi Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara di Taman Rimba Kiara hari ini.

Beliau berkata, DBKL akan menguruskan dana berkenaan supaya bayaran penyelenggaraan bulanan tidak membebankan penghuni apabila projek tersebut siap kelak.

Dalam masa sama, Anwar menyifatkan penyelesaian isu Rumah Panjang Bukit Kiara sebagai kisah indah yang membuktikan perubahan boleh dilakukan sekiranya pemimpin, penjawat awam dan rakyat bekerjasama.

“Malaysia boleh menjadi negara yang lebih adil jika dasar jelas, pemimpin komited dan rakyat bersama-sama membawa perubahan,” katanya.

Projek pembangunan semula Rumah Panjang Bukit Kiara melibatkan penempatan semula penduduk yang telah mendiami kawasan itu selama lebih 44 tahun dengan sebahagian penghuni bakal menerima dua unit kediaman sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dipersetujui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN