fbpx
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Raub bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Pemandu treler positif dadah direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Pemandu treler yang didapati positif dadah dan terlibat dalam kejadian kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 43 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ditahan reman hari ini.

Majistret Siti Aisyah Ahmad membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap suspek berusia 40 tahun dan berasal dari Kedah bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Terdahulu suspek yang mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Bentong ditahan pada pukul 4 pagi untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, berdasarkan ujian saringan air kencing terhadap mendapati lelaki berumur 40 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

Semalam Kosmo Online! melaporkan empat maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan habuk kayu di Kilometer 43 Lebuh Raya KLK di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyaksikan kereta jenis Honda City remuk teruk selepas dihempap treler muatan habuk kayu itu.  

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah A.Halim Hasoon, 55; Rozita Buang ,68; Norbahyah A.Halim, 26 dan seorang kanak-kanak perempuan Nayla Afya Aizat Faizal yang berumur setahun.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Laluan KLK di Kilometer 37 hingga Kilometer 88 menjadi antara laluan paling berbahaya di Malaysia dengan rekod purata empat kemalangan dilaporkan berlaku setiap hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN