fbpx
SEORANG rakyat Switzerland membuang undi di sebuah pusat pengundian di Bern, semalam. - AFP

Rakyat Switzerland tolak had populasi 10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA – Rakyat Switzerland secara rasminya menolak usul kontroversi untuk mengehadkan jumlah populasi negara kepada 10 juta orang menerusi pungutan suara yang diadakan semalam, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC)

Keputusan rasmi menunjukkan 55 peratus pengundi menolak usul berkenaan, manakala 45 peratus lagi menyokong, dengan jumlah keluar mengundi sebanyak 60 peratus daripada populasi.

Usul tersebut  dikemukakan oleh Parti Rakyat Swiss (SVP) berhaluan kanan yang telah lama berkempen di atas platform anti imigran.

Referendum yang memecahbelahkan itu berisiko menjejaskan perjanjian pergerakan bebas negara itu dengan Kesatuan Eropah (EU).

Usul tersebut juga ditentang oleh kerajaan, komunti perniagaan tempatan, dan semua parti utama lain. 

Menteri Kehakiman Switzerland, Beat Jans menyambut baik keputusan referendum dan menyifatkan kemenangan undi itu  sebagai ‘tanda kestabilan, keterbukaan dan kebolehpercayaan’.

Populasi Switzerland  berkembang pesat sejak tahun 2002, apabila ia mencatatkan 7.3 juta orang. 

Kini jumlah populasi negara itu adalah 9.1 juta orang, manakala 27 peratus  bukan warganegara Switzerland.

Hujah SVP bahawa mengehadkan populasi akan mengurangkan tekanan ke atas pengangkutan, perumahan dan alam sekitar nampaknya tidak berjaya meyakinkan pengundi yang mencukupi. 

Ramai pengundi nampaknya bimbang dengan prospek kehilangan pekerja yang sangat diperlukan dalam sektor pelancongan, hospital, dan rumah penjagaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN