fbpx
Anggota bomba mengharungi banjir untuk ke rumah mangsa di Kampung Batu 25, Batu Hampar semalam. Foto IHSAN JBPM

Hampir 100 penduduk terjejas banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seramai 92 orang penduduk dari daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kawasan kediaman mereka dinaiki air semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa dari 33 buah keluarga itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Hampar dan PPS SK Beruas.

“Seramai 41 mangsa melibatkan 14 buah keluarga dari LMS kini ditempatkan di PPS SK Batu Hampar manakala di SK Beruas pula menempatkan 51 orang mangsa (19 keluarga),” katanya.

Katanya, sebanyak empat kawasan terjejas di LMS iaitu Kampung Batu 25, Kampung Berjaya, Kampung Batu 23 dan Sungai Rotan.

Di Manjung pula, katanya ialah Kampung Kilang, Taman Anggerik Permai serta Kampung Pulau Kabung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN