fbpx
Daichi Kamada meledak gol penyamaan buat Jepun pada aksi sebentar tadi. Foto FIFA World Cup

Piala Dunia 2026: Samurai Biru hampir kecewakan Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALLAS – Jepun mempamerkan semangat luar biasa apabila bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mengikat Belanda 2-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan F Piala Dunia 2026 sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan pamer corak permainan seimbang pada babak pertama apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan yang dicipta.

Selepas babak pertama yang berlangsung agak berhati-hati, perlawanan semakin menarik sebaik sahaja memasuki separuh masa kedua apabila Belanda meledak gol menerusi tandukan kapten, Virgil van Dijk pada minit ke-53.

Belanda terlebih dahulu memecahkan kebuntuan menerusi kapten pasukan, yang menanduk masuk jaringan cantik untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Jepun kembali menyamakan kedudukan menerusi serangan pantas yang disudahkan oleh Keito Nakamura untuk menghukum kelalaian pertahanan The Oranje pada minit ke-57

Belanda sekali lagi mendahului berselang tujuh minit kemudian apabila pemain sayap, Crysensio Summerville yang menghasilkan penyudah berkualiti menerusi rembatan lencong yang menerjah penjuru gawang Samurai Biru.me

Jaringan tersebut dilihat cukup untuk menghadiahkan tiga mata kepada skuad kendalian Ronald Koeman yang mula mengawal rentak permainan pada penghujung aksi.

Bagaimanapun, Jepun enggan mengalah dan terus melancarkan tekanan sehingga berjaya memperoleh gol penyamaan dramatik pada minit ke-88 hasil rembatan Daichi Kamada dengan keputusan 2-2 kekal hingga wisel penamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN