fbpx
NOOR IMMARZALIZA bersama Mohd. Rayhan dan bapanya ketika ditemui di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani semalam.

‘Saiz kepala Rayhan makin membesar, saya hilang kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang ibu tetap tabah menjaga anak lelaki bongsunya yang hanya mampu terlantar selepas disahkan menghidap penyakit hydrocephalus ketika berusia tiga bulan.

Menurut Noor Immarzaliza Abdul Rahim, 41, anaknya, Mohd. Rayhan Qersani Muharram Muhammad Qusyairy yang berusia setahun 10 bulan tidak mampu bergerak ekoran saiz kepalanya semakin membesar.

Jelasnya, anaknya kerap di­serang sawan selain sering menangis, mudah penat dan tidak dapat tidur ­nyenyak akibat menghidap pe­nyakit itu.

“Saya semakin tertekan selepas terpaksa berhenti kerja dan hilang punca pendapatan kerana perlu menjaga Mohd. ­Rayhan kerana kesihatannya semakin merosot.

“Dia hanya mahu saya berada di sisinya dan memeluknya sepanjang masa sehingga saya tidak lagi dapat bekerja. Wang simpanan sudah habis digunakan,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Bandar Puteri Jaya, di sini semalam.

Ujarnya, dia turut menguruskan seorang lagi anak, Mohd. Rayhan Adha, 7, yang menghidap autisme, serta bapa, Abdul Rahim Hashim, 66, yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

“Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 tidak mencukupi kerana terpaksa menanggung kos membeli lampin pakai buang untuk kegunaan mereka bertiga selain susu, ubat serta keperluan lain termasuk sewa rumah dan bil.

“Bil elektrik pun telah tertunggak melebihi RM800 selain peti sejuk di rumah yang rosak tidak mampu dibaiki,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun Maybank 1522 1907 7980 atas nama Noor Immarzaliza Abdul Rahim atau menghubunginya di talian 011-58674302 untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN