fbpx
Dua daripada tiga buah bas kilang yang dilaporkan terbakar di Taman Melati Desa Kiambang, Serendah, Hulu Selangor awal pagi tadi.

Tiga bas kilang hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Sebanyak tiga buah bas kilang dilaporkan musnah terbakar di Taman Melati Desa Kiambang, Serendah, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota beserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dan BBP Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tiga bas terbabit berada dalam kawasan kilang dan jenisnya tidak dapat dikenalpasti. Bas pertama terbakar 90 peratus manakala dua lagi terbakar 95 peratus. Kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan struktur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN