fbpx
Tangkap layar kejadian tular pemandu lori tunjuk isyarat lucah di Lebuh Raya Kajang Silk semalam.

Pemandu lori tunjuk isyarat lucah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Tindakan seorang pemandu lori memandu secara berbahaya sambil menunjukkan isyarat lucah kepada pengguna jalan raya membawa padah apabila dia ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu video tular di aplikasi TikTok semalam yang memaparkan kejadian tersebut di Lebuh Raya Kajang Silk menghala ke Bandar Baru Bangi.

Menurut beliau, suspek dipercayai memandu secara melulu dan turut menunjukkan isyarat lucah ketika berada di atas jalan raya sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

“Satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kajang dan suspek warga tempatan berusia 35 tahun berjaya ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 279 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa bertimbang rasa, mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu secara berhemah demi keselamatan bersama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN