SAAT ramai orang berdebat tentang olahan unik kacang pistachio (pistasio) dalam hidangan savori seperti keli bakar, ayam gepuk, nasi lemak dan sebagainya, pemuda ini turut mengambil pendekatan unik dengan menampilkan olahan menu menggunakan teh matcha. Menjual aneka menu burger di bawah jenama Burger JI Legend, tindakan pemuda itu memperkenalkan burger matcha menambah lagi kehangatan perdebatan ramai tentang kewujudan makanan pelik di media sosial. Menurut Ganesh Moorthy, 33, yang juga pengasas Burger JI Legend, burger matcha merupakan menu olahannya sendiri hasil……














