fbpx
LELAKI etnik Rohingya berkenaan menunjukkan saman yang dikenakan ke atasnya dan pemilik motosikal dalam operasi penguatkuasaan di Guar Kepayang, Pendang semalam.

Lelaki Rohingya lari masuk bendang elak JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENDANG – Seorang lelaki etnik Rohingya nekad meninggalkan motosikal dan melarikan diri ke kawasan bendang bagi mengelak ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi penguatkuasaan di Guar Kepayang, di sini semalam.

Bagaimanapun, cubaan warga asing itu gagal apabila dia berjaya ditahan anggota JPJ dalam keadaan kaki dipenuhi selut selepas meredah kawasan bendang tersebut.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, lelaki Rohingya itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota JPJ dalam operasi penguatkuasaan kira-kira pukul 6.30 petang.

“Dia bertindak meninggalkan motosikalnya sebelum cuba meloloskan diri melalui kawasan bendang bagi mengelak pemeriksaan.

“Walau bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila anggota penguat kuasa berjaya menahan pemandu warga asing terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati penunggang dan pemilik motosikal berkenaan mempunyai 34 saman aktif yang masih belum dijelaskan.

“Susulan itu, motosikal berkenaan disita untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara tegas terhadap warga pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian yang gagal mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN