fbpx
Premis yang didakwa dijadikan 'sekolah' untuk kanak-kanak Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu hari ini.

Pemilik tidak tahu premis jadi ‘sekolah’ Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pemilik bangunan yang tular di Kampung Ladang Titian di sini terkejut dan mendakwa tidak mengetahui premisnya telah dijadikan ‘sekolah’ untuk kanak-kanak etnik Rohingya.

Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sri Ladang, Mohd. Qayyum Rosli berkata, pemilik premis tersebut mendakwa bangunan itu sebenarnya telah disewakan kepada penyewa tempatan.

“Premis itu disewakan kepada penyewa Melayu dan pemiliknya mendakwa hanya mengetahui ia telah digunakan sebagai pusat pembelajaran etnik Rohingya selepas tular di media sosial.

“Dia mengambil tindakan menamatkan penyewaan serta-merta dan menutup premis yang dijadikan ‘sekolah’ itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Qayyum yang juga Ketua Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Ladang Titian berkata, anggota SRS akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa depan.

“Saya akui komuniti Rohingya dilihat makin hari makin bertambah di perkampungan ini kerana meningkatkan risiko keselamatan dan penularan penyakit seperti malaria,” katanya.

Terdahulu sebuah premis dipercayai beroperasi sebagai pusat pembelajaran untuk kanak-kanak etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian di sini bertindak menghentikan operasinya setelah tular di media sosial sejak Rabu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN