fbpx
Seorang lelaki asing tidur di tempat awam sehingga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan orang tempatan.

‘Kalau mabuk tidur di tangga flat, ludah merata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Suasana di 12 blok Flat Pandan Mewah A7-A12 di sini ti­dak ubah seperti di negara asing apabila hampir keseluruhan penghuninya merupakan etnik Rohingya.

Walaupun pernah diserbu pa­da 2024, rata-rata warga asing ter­sebut tidak serik, malah makin me­luaskan pengaruh mereka de­ngan menjalankan perniagaan run­cit dan kedai makan di tingkat bawah flat berkenaan.

Tinjauan mendapati selain flat, warga asing turut memenuhi taman berhampiran yang dijadikan lokasi pertemuan sehingga jumlahnya mencecah ratusan orang pada waktu-waktu tertentu.

Wartawan Kosmo! sendiri berasa agak janggal apabila dipandang seperti orang luar ketika masuk ke kawasan tersebut walaupun berada di negara sendiri.

Malah, ketika tinjauan dilakukan, beberapa lelaki asing turut me­nyapa, namun pertuturan mereka kurang jelas kerana berada di bawah pengaruh alkohol.

Sampah dan bara­ngan terpakai pula diletakkan di kaki lima, tangga dan tempat awam. Terdapat motosikal yang diubah suai dan diletakkan carrier (pengangkut) dipercayai digunakan untuk membawa barangan kitar semula dan besi buruk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Pandan Mewah A7-A12, Muhammad Eizzrul Ehsan Azmi mendakwa, kira-kira 70 peratus penghuni di flat itu terdiri daripada etnik Rohingya.

Katanya, isu kebersihan, mabuk di tempat awam dan melepak hingga awal pagi menjadi antara rungutan penduduk sejak beberapa tahun lalu.

Malah terdapat warga asing yang tidur di tangga kerana mabuk sehingga mengganggu ke­selesaan penghuni.

“Kalau mabuk, mereka tidur di tangga, jadi penduduk tempatan berasa tidak selesa. Mereka gemar buang sampah di merata-rata. Walaupun ditegur, mereka masih buat

lagi. Ada yang meludah, tinggalkan bekas makanan dan minuman di tempat awam,” ujarnya.

Katanya, keadaan menjadi lebih teruk pada hujung minggu apabila kawasan sekitar taman komer­sial dipenuhi warga asing yang berkumpul hingga lewat malam.

“Malam minggu memang me­riah, orang tempatan pula semakin kurang kelihatan. Kalau kita bersiar-siar di kawasan itu, memang susah hendak jumpa orang tempatan kerana majoriti mereka adalah warga asing termasuk Rohingya,” ujarnya.

Dakwa lelaki itu, kedai-kedai runcit di tingkat bawah flat ber­kenaan turut dimonopoli oleh warga a­sing sekali gus mengubah landskap perniagaan di kawasan tersebut.

Antara aduan yang kerap di­terima adalah menjual minuman keras secara terbuka, merempit, menjual barangan terpakai tanpa lesen dan lambakan sampah di kawasan awam.

“Kita tidak marah sekiranya mereka mahu mencari rezeki, tetapi hormatilah undang-­undang dan jaga kebersihan.

“Kalau mabuk dan tidur di tangga serta buang sampah me­rata-rata, sudah tentu orang tempatan tidak selesa,” katanya.

Tambahnya, penduduk pernah mengemukakan pelbagai aduan kepada pihak berkaitan, namun masalah sama masih berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN