fbpx
YEAN Xuen mengaku salah simpan bahan lucah budak lelaki di Mahkamah Majistret Muar hari ini.

Jurujual kereta didenda RM3,000 simpan bahan lucah budak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang jurujual kereta mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyimpan bahan pornografi berupa gambar dan video bogel seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Majistret Kartini Kasran kemudianya menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tan Yean Xuen, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pada masa sama, mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan penjara tambahan enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa dalam milikannya berupa pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbitnya.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 6 petang, 7 Jun lalu didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Berdasarkan fakta kes, lelaki berusia 49 tahun yang juga bapa kanak-kanak terbabit memeriksa telefon bimbit dan mendapati anaknya menghantar gambar serta video bogel kepada seorang lelaki tidak dikenali.

Disebabkan bimbang gambar dan video anaknya disalahgunakan, lelaki terbabit kemudiannya membuat laporan polis.

Pada pukul 1.30 tengah hari keesokan hari, polis berjaya menahan tertuduh di Bandar Puteri, Klang, Selangor sebelum dibawa ke IPD Muar untuk tindakan lanjut.

Pemeriksaan menemukan beberapa keping gambar serta video kanak-kanak dalam telefon bimbit tertuduh.

Pendakwaa dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yasmin Mohd Piah manakala tertuduh diwakili peguam, Fatimah Zahra Azmi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN