fbpx
Anwar bersama Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-31: Masa Depan Asia bertajuk Mendepani Ketidaktentuan Strategik di Tokyo, Jepun hari ini.

Dunia kekurangan hala tuju kepimpinan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dunia kini berdepan kekurangan hala tuju yang jelas dalam kepimpinan dan bukannya kuasa.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerjasama global yang baharu bagi menangani cabaran geopolitik yang semakin meningkat selain kepimpinan berkesan memerlukan hala tuju jelas di tengah-tengah ketidaktentuan global.

“Para pelaut zaman dahulu tidak dapat meramalkan kedatangan ribut.

“Mereka tidak dapat mengawal arus dan tidak dapat melihat apa yang berada di sebalik setiap ufuk. Apa yang mereka miliki ialah deria arah yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-31: Masa Depan Asia bertajuk Mendepani Ketidaktentuan Strategik di Tokyo, Jepun yang disiarkan secara langsung di Facebook beliau hari ini.

Anwar berkata, dunia bukannya kekurangan kuasa, tetapi hala tuju yang jelas, dengan institusi memerlukan reformasi serta pembaharuan dan bukannya pengabaian, kerjasama diutamakan berbanding perpecahan dan kepimpinan memerlukan inisiatif bukannya meletak jawatan.

“Jika kita terus berpegang kepada prinsip-prinsip ini, saya benar-benar percaya bahawa kita boleh mengubah cabaran hari ini menjadi peluang untuk hari esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN