fbpx
ANTARA air ketum yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Pulau Tioman di Rompin semalam.

300 bungkus air ketum dirampas di Pulau Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Tindakan seorang lelaki dipercayai menjual air ketum di Pulau Tioman membawa padah apabila dia ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tekek di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah hari itu, pihak polis merampas sebanyak 300 bungkusan air ketum bernilai RM3,000.

“Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. Sabit kesalahan, suspek boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah termasuk kesalahan berkaitan air ketum yang disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik di sisi undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN