fbpx
Semut charlie menghurungi satu sudut di bilik dalam rumah inap di Sekinchan, Selangor. Foto Threads @Halefhaiqal.

‘Bagaikan dihujani semut charlie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemuda berdepan pengalaman ‘seram’ apabila rumah inap yang disewa untuk percutian di Sekinchan, Selangor rupa-rupanya berserta ‘pakej penyewa’ lain iaitu semut charlie.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Halefhaiqal, rumah inap tersebut disewa di kawasan kampung berdekatan tanaman sawah padi.

“Aku duduk dekat rumah inap sekitar Sekinchan. Mula-mula jumpa dalam rumah banyak berterabur. Waktu nak daftar keluar, terpandang dekat atas dalam bilik. Ya Allah, masa tengah tidur memang dia jatuh-jatuh atas katil.

“Ini semua charlie guys. Meremang nampak banyak. Ni yang aku rakam betul-betul atas cadar tilam. Setiap masa memang akan jatuh dia ke tiga ekor. Kau rasa macam mana nak tidur nyenyak,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Threads yang rata-rata berkongsi pengalaman sama sekiranya tinggal atau bermalam di kawasan rumah berdekatan bendang.

“Kawasan sawah memang macam ni. Rumah saya kawasan sawah, nak pastikan dia tak masuk rumah, tabur belerang. Setakat ini memang tak ada. Kecuali kalau dia terbang masuk ikut mana-mana laluan,” komen Alia Hamanirz.

“Sekinchan memang banyak charlie ni. Hari tu pernah masuk rumah inap kat Sekinchan, ada juga nampak beberapa ekor,” kata Ay.ntsha.

“Ini kalau kena satu badan, melecur. Banyak betul semut tu,” komen Mochiimollyy.

“Bagaikan dihujani semut charlie,” komen Hati222026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN