fbpx
Azam (kiri) memfailkan saman fitnah terhadap Albert Tei berhubung kenyataan yang diterbitkan di media sosial dan platform dalam talian.

Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman fitnah terhadap ahli perniagaan Albert Tei berhubung kenyataan yang diterbitkan di media sosial dan platform dalam talian.

Menerusi kenyataan hari ini, Azam yang diwakili firma guaman Zain Megat & Murad berkata writ saman dan penyata tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Ujar kenyataan itu, tindakan saman sivil berkenaan adalah berhubung penerbitan mengenai Azam yang didakwa adalah palsu yang mana kenyataan itu dibuat melalui podcast, YouTube Shorts serta penerbitan dalam talian yang berkaitan.

“Anak guam kami menegaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar, dan telah memulakan prosiding ini bagi mempertahankan reputasi serta nama baiknya yang dibina sepanjang hampir empat dekad berkhidmat dalam sektor awam,” kata firma guaman itu.

Tambah kenyataan itu, memandangkan perkara tersebut telah menjadi kes mahkamah,
Azam dan peguamnya tidak akan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan selain menggesa semua pihak agar menghormati proses mahkamah yang sedang berlangsung.

Sebelum ini, Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 38, membuat beberapa dakwaan terhadap Azam berkaitan pertikaian dan siasatan yang sedang berjalan.

Antara lain, lelaki itu mendakwa beliau telah diugut, dihalang dan menjadi mangsa apabila cuba mendedahkan satu skandal rasuah yang didakwa membabitkan beberapa ahli politik di Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN