fbpx
WARGA emas yang hilang selama empat hari ditemui selamat. - KhaoSod

4 hari sesat di hutan, wanita misteri jadi peneman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang warga emas berusia 73 tahun yang hilang selama empat hari di dalam hutan di wilayah Phetchabun berjaya diselamatkan, lapor portal berita Thaiger.

Mangsa dilaporkan hilang ketika keluar mencari cendawan dan ditemukan dalam keadaan amat lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR). 

Dia yang dikenali sebagai Chan, dilaporkan hilang pada 2 Jun lalu sekitar jam 11.30 pagi (waktu tempatan) di kawasan hutan berhampiran Ban Talat Mai, daerah Bung Sam Phan. 

Kehilangan mangsa mencetuskan pencarian awal oleh ahli keluarga dan penduduk kampung. 

Jumaat minggu lalu, pihak polis, unit tentera, dan pasukan penyelamat melancarkan operasi mencari secara menyeluruh disokong oleh anjing pengesan polis dan tentera serta dron. 

Lebih 100 anggota terlibat dalam operasi tersebut. Mangsa ditemui sekitar pukul 12 tengah hari di dalam hutan, kira-kira 2 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang. 

Pasukan pencari sebenarnya telah melalui kawasan tersebut, namun tidak menyedari keberadaannya. 

Namun, Chan berkata, semasa tersesat, dia ditemui oleh seorang wanita yang tidak bercakap dan menemaninya.

Tanpa bekalan makanan, dia bertahan dengan memakan buah ara hutan dan sedikit air yang dibawa bersama.

Selepas diselamatkan, pihak berkuasa membawa Chan ke Hospital Bung Sam Phan untuk pemeriksaan perubatan dan pemulihan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN