fbpx
Keadaan kebakaran melibatkan 15 buah rumah milik penduduk di Kampung Cina, Gok Kapur, Kota Bharu hari ini-

[VIDEO] 15 rumah di Kampung Cina, Gok Kapur musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kegembiraan sebuah keluarga menduduki rumah yang baru dibaik pulih selepas Aidilfitri lalu tidak bertahan lama selepas kediaman itu musnah bersama 14 lagi rumah terbakar di Kampung Cina, Gok Kapur di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Miss Sanma Mateaha, 43, menyaksikan sendiri kediaman yang didiaminya bersama suami dan tiga anak selama 16 tahun musnah sekelip mata.

“Saya tengok depan mata rumah yang baru siap diubah suai hangus terbakar. Rumah itu dibaik pulih hasil bantuan ibu saudaranya yang mahu melihat saya sekeluarga hidup lebih selesa.

“Saya panik mencari anak-anak di dalam rumah kerana menyangka mereka berada di rumah sebelum teringat mereka pergi ke sekolah. Saya hanya sempat menyelamatkan dokumen penting sebelum melihat rumah terbakar sambil menangis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa Saaidah Mohamad Shamsi, 32, memberitahu, dia hanya sempat menyelamatkan dokumen penting kerana api marak dengan begitu cepat.

“Saya terus keluar menyelamatkan diri,” ujarnya.

Katanya, semasa kejadian dia sedang berehat di dalam rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi bising yang memaklumkan kebakaran telah berlaku di kawasan sekitar rumah.

Sementara itu Komander Operasi, Khairul Arifin Che Ramli berkata, sebanyak 15 buah rumah penduduk telah terbakar di kawasan tersebut.

Katanya, punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan.

“Kedudukan rumah kayu yang terlalu rapat menyebabkan api mudah merebak. Bagaimanapun tindakan pantas kita berjaya menyelamatkan lebih 10 buah rumah di kawasan sekitar daripada terbakar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN