fbpx
Anggota bomba mengangkat pendaki lelaki yang tercedera di Gunung Chemerong, Hulu Dungun hari ini.

Enam jam selamat pendaki tercedera di Gunung Chemerong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang pendaki lelaki cedera pada bahagian kaki ketika melakukan aktiviti pendakian Gunung Chemerong, Hulu Dungun, di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 48 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 23 jam sebelum berjaya diselamat dan dibawa turun ke kaki gunung pada pukul 11.55 pagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memohon bantuan terhadap mangsa pada pukul 1.21 tengah hari semalam.

“Lelaki tersebut dikatakan melakukan ekspedisi mendaki Gunung Chemerong bersama 31 peserta termasuk empat malim gunung. Dia dikatakan mengalami kecederaan kaki sehingga tidak mampu berjalan sewaktu berada di kawasan Air Terjun Sungai Bangan,” katanya di sini hari ini.

Shahrin Yusmar berkata, pasukan penyelamat terpaksa mengambil masa enam jam dan melakukan pendakian sejauh tujuh kilometer untuk tiba di tempat kejadian.

Beliau berkata, operasi menyelamatkan mangsa juga berdepan kesukaran lain seperti hujan, struktur geografi yang berliku dan gunung yang curam.

“Mangsa yang berjaya dibawa turun kemudiannya dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN