fbpx
Gambar yang dimuat naik pengguna Threads @mnz_hady pagi tadi memaparkan peniaga asing menjual di persimpangan TRX, Kuala Lumpur.

Berniaga macam sindiket seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kegiatan warga asing dipercayai menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di tepi jalan berhampiran persimpangan keluar dari kawasan Tun Razak Exchange (TRX) ke Jalan Tun Razak mengundang perhatian orang ramai di media sosial.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads @mnz_hady yang memuat naik gambar memaparkan beberapa individu dipercayai warga asing menjalankan perniagaan jual beli barangan di kawasan berkenaan.

“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tolong ambil tindakan, simpang dari TRX nak keluar Jalan Tun Razak. Puak ini selamba sahaja berniaga di situ,” tulisnya.

Melihat kepada gambar yang dimuat naik pengguna tersebut, terdapat seorang peniaga wanita warga asing membawa jualannya di dalam beberapa bungkusan plastik dipercayai makanan.

Kemudian, datang dua pelanggan lelaki yang juga warga asing membeli jualan wanita tersebut secara terbuka di tepi jalan berhampiran longkang.

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang meminta pihak berkuasa tempatan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan.

Seorang pengguna, Arsyad berkata, aktiviti penjajaan di bahu jalan bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

“Tindakan perlu diambil. Kawasan itu memang sibuk dan boleh membahayakan. Rasamya ada beberap lagi peniaga asing berniaga sekitar simpang-simpang TRX ini. Tolong segera bertindak wahai pihak berkuasa,” katanya.

Seorang lagi pengguna @Cocomey menyifatkan situasi tersebut seperti sedang berniaga barang seludup.

“Dengan bawa dalam plastik, letak bawah macam itu (sahaja) makanan, tepi longkang. Mata melilau tengok ‘line clear’ atau tidal. Macam jual barang seludup, mujur bukan semua plastik hitam,” komen Nrdhm. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN