fbpx
Anwar berlepas ke Tokyo tengah hari tadi bagi lawatan rasmi di Jepun sehingga Rabu ini.

PM adakan lawatan rasmi ke Tokyo, perkukuh kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Tokyo, Jepun tengah hari tadi bagi memulakan lawatan rasmi sehingga Rabu ini untuk mengetuai delegasi Malaysia dalam misi Diplomasi Madani.

Beliau berkata, misi berkenaan adalah untuk memperkukuh kerjasama strategik dan keterjaminan tenaga negara tatkala dunia berdepan krisis bekalan dan tenaga global.

“Insya-Allah saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi bagi membincangkan perkembangan hubungan dua hala serta merintis kerjasama baharu Malaysia-Jepun, khususnya dalam bidang ekonomi, pelaburan dan keterjaminan tenaga.

“Saya juga akan menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-31: Future of Asia serta syarahan khas di Universiti Tokyo mengenai cabaran dan masa depan rantau ini dalam landskap global yang semakin mencabar,” katanya pada hantaran Facebook jari ini.

Anwar berkata, beliau berharap misi berkenaan dipermudah dan membawa hasil yang bermanfaat buat rakyat serta negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN