fbpx
RABANI memperbaiki pencapaian tahun lalu apabila berjaya memenangi acara 113 Triathlon. - IHSAN PENGANJUR

Rabani, Ee Va tawan acara 113 Triathlon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peserta tempatan, Muhammad Rabani Hashim tampil cemerlang apabila menjadi pemenang acara utama 113 Triathlon pada Festival Musltisport Perak 2026 yang berlangsung di Marina Island Pangkor hujung minggu lalu.

Rabani yang merupakan peserta tetap dalam perlumbaan Ironman menganggap kemenangan tersebut merupakan peningkatan cukup besar apabila sekadar menjadi naib juara ketika menyertai acara itu tahun lalu.

Dalam acara melibatkan rutin berenang sejauh 2 kilometer (km), berbasikal (90km) dan larian (21km), Rabani melintasi garisan penamat sebagai pemenang menerusi catatan masa 5 jam 08 minit 43 saat (s).

Tempat kedua menjadi milik Abdullah Umar Idrus yang mencatat 5’10:40s manakala pelari Great Britain, Joseh Taylor berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan masa 5’22:16s.

EE VA ketika mengharungi acara 113 Triathlon. – VE PICTURE

Sementara itu, Wong Ee Va pula menungguli kategori wanita, sekali gus mempertahankan gelaran selepas mencatat 5’25:48s menewaskan pelari Rusia, Elizaveta Prokhorova (6’22:05s) dan Harum Delima Mohd. Noor (6’22:31s).

Dalam perkembangan sama, acara Jarak Olimpik turut dimenangi peserta tempatan, Shahrom Abdullah menerusi catatan masa 2’27:25s manakala kategori wanita menjadi milik Jacqueline Ng Siew Fong (3’03:58s).

Sebagai rekod, penganjuran kali ini berjaya menarik penyertaan 1,000 peserta dari 22 buah negara sepanjang dua hari acara berlangsung melibatkan triatlon, duathlon serta aquathlon Perak.

Pengarah perlumbaan, Toto Ong berkata, sokongan padu daripada peserta, rakan kongsi serta semua pihak berjaya memastikan festival sukan itu berkembang pesat secara konsisten tahun demi tahun.

“Kami berbesar hati menyambut atlet dari pelbagai negara dan latar belakang ke Marina Island Pangkor untuk Festival Multisport Perak. Kami berterima kasih atas sokongan rakan kongsi, agensi kerajaan dan pihak pelancongan bagi mengembangkan festival ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN