fbpx
`

Viviana, Ani Maiyuni tersingkir di minggu suku akhir TTMM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Konsert minggu kelapan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan Viviana dan Ani Maiyuni gagal melangkah ke peringkat separuh akhir apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Viviana menyampaikan lagu Jai Ho dan turut berduet bersama ibunya menerusi lagu Oppa Gangnam Style.

Selain Viviana , dua lagi peserta iaitu Cik B dan Kim Khairii turut berada di kedudukan tiga terbawah.

“Tak sangka perjalanan terhenti di sini. Sedih itu memang ada. Terima kasih ummi atas penat lelah sebagai manager.

“Saya minta maaf kalau ada buat banyak silap. Terima kasih untuk kenangan yang tercipta. Kepada rakan-rakan teruskan perjuangan,” kata Viviana dalam ucapannya.

Sementara itu, Ani pula berkata dia tidak pernah menyesal dengan pencapaian anaknya di pentas TTMM2.

“Viviana saya tak pernah rasa menyesal. Kita dah pergi sejauh ini. Saya nampak potensi anda. Ini bukan pengakhiran kita. Insya-Allah ada rezeki lain di luar sana,” ujarnya.

Dengan tersingkirnya Viviana, maka tinggal enam lagi peserta manager dan artis yang akan berentap di peringkat separuh akhir.

Mereka ialah Hussain, Azeva, Anggrek, Ammara, Cik B dan Kim Khairii.

Kesemua peserta pada malam ini diadili oleh empat orang juri iaitu Datuk AC Mizal, Che Puan Sarimah, Hael Husaini dan Bella Astillah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN