fbpx
Keadaan rumah jenis apartment di Morib yang terbengkalai sebelum ini.

Rumah Selangorku Morib kembali ‘bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Projek Rumah Selangorku di Morib, Kuala Langat yang terbengkalai hampir enam tahun akhirnya kembali ‘bernyawa’ apabila sebuah syarikat pemaju baharu diluluskan untuk mengambil alih pembinaan tersebut.

Exco Perumahan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, keputusan meluluskan pengambilalihan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) bulan lalu selepas pemaju asal didapati gagal meneruskan projek berkenaan susulan masalah kewangan hingga gulung tikar.

“Kita angkat perkara ini kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bulan lepas dan luluskan syarikat penyelamat.

“Sekarang ada syarikat pemaju yang sanggup untuk ambil alih. Projek itu dua fasa dan kita fokus kepada Fasa 1 iaitu projek rumah teres satu tingkat yang sudah hampir 85 peratus siap,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran Desa Kerayong Indah di sini, semalam.

Tambah Borhan, langkah pengambilalihan itu turut melegakan pembeli terutama Fasa 2 meliputi kediaman jenis apartmen apabila ditawarkan rumah teres satu tingkat sebagai langkah penyelesaian.

“Tiada bayaran kos tambahan dikenakan kepada pembeli dan mereka turut bersetuju tidak meneruskan Tuntutan Ganti Rugi Bilangan Hari Terlewat (LAD),” katanya.

Kosmo! pada 16 Julai 2023 melaporkan kira-kira 500 pembeli projek perumahan itu yang kebanyakan golongan B40 masih ‘kempunan’ untuk memiliki rumah sendiri apabila projek gagal disiapkan sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN