KLANG – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di kawasan landasan kereta api di Kilometer (KM) 36.215 Downline Klang di sini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan penahanan suspek yang berusia lingkungan 20-an itu.
“Ya, suspek direman tiga hari. Kes masih dalam siasatan,” katanya ringkas hari ini.
Terdahulu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu terbongkar apabila menerima maklumat mengenai gangguan litar landasan di lokasi berkenaan.- KOSMO! ONLINE














