fbpx
SLOT

Arne Slot tolak tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Mantan pengurus Liverpool, Arne Slot menolak kemungkinan akan kembali ke pentas Liga Perdana Inggeris musim depan.

Walaupun ada laporan yang menyebut bahawa Fulham berminat untuk mendapatkan khidmatnya, Slot yang dipecat oleh The Reds mengambil pendekatan sebaliknya untuk tidak berhijrah ke kelab barat London berkenaan.

Selain Slot, Fulham juga dikaitkan dengan Kieran McKenna dan bekas pengendali Brentford serta Tottenham Hotspur, Thomas Frank.

Slot dikatakan tidak akan menerima sebarang kontrak dengan mana-mana kelab pada musim panas kali ini, tetapi namanya turut hangat diperkatakan untuk memimpin kelab gergasi Itali, AC Milan.

Dalam masa sama, nama Slot juga turut dikaitkan akan mengendali pasukan kebangsaan termasuk Belanda sekiranya The Oranje gagal memperoleh keputusan kurang baik di Piala Dunia.

Berdasarkan laporan media di Belanda, Slot adalah individu tepat untuk melatih The Oranje sekiranya Ronald Koeman meletak jawatan selepas tamat Piala Dunia.

Untuk rekod, Slot berjaya meraih 66 kemenangan bersama Liverpool dalam 113 perlawanan dan The Reds kini sudah pun melantik Andoni Iraola sebagai pengendali baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN