fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh @Hamzie_Hambali.

Tinggal duit ganti langsir rosak selepas aksi Spiderman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggalkan wang ganti rugi selepas merosakkan langsir di rumahnya dipuji orang ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh @Hamzie_Hambali, dia berkongsi nota permohonan maaf yang dibuat anak lelakinya bersama beberapa keping wang kertas dari tabung kanak-kanak tersebut.

Menurutnya, kerosakan langsir itu berlaku ketika anaknya melakukan aksi ‘spiderman’ sewaktu ibunya tiada di rumah. Nota tersebut dikarang kerana bimbang dimarahi ibunya.

“Anak aku darjah tiga main ‘Spiderman’ kat langsir. Emaknya keluar malam tadi, balik jumpa nota ini. Punyalah dia takut kena bebel dengan mak dia hahaha…alahai. Emaknya ambil (duit) dan masukkan dalam tabung,” katanya.

Tambahnya, dia berasa bangga dengan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan anaknya walaupun baru berusia sembilan tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji cara didikan ibu bapa kanak-kanak tersebut dan menyifatkan sifat empati yang tinggi itu bermula daripada teladan baik di rumah.

“Terbaik Yunus. Tak semua anak kecil ada rasa tanggungjawab dan prihatin macam ini masa sedang membesar, ibu bapa awak memang bagus dalam mendidik anak,” ujar @Awintahir_.

“Comelnya. Mommy (ibu) jangan beritahu dah masukkan balik duit dalam tabung. Bagi dia rasa sikit macam mana kalau rosak barang kena ganti,” kata @Bellasabellaaaa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN