fbpx
Selepas Good Boys Go To Heaven menjadi tumpuan, kini giliran drama psiko-thriller berjudul Griya pula tular dalam media sosial.

Seram tengok Nazim Othman dalam ‘Griya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS Good Boys Go To Heaven menjadi tumpuan, kini giliran drama psiko-thriller berjudul Griya pula tular dalam media sosial.

Naskhah 10 episod tersebut mengisahkan seorang peguam wanita iaitu Sophia lakonan Chacha Maembong yang menyamar dengan mendekati dan berkahwin dengan seorang duda bernama Razman (Nazim Othman) bagi menyiasat kes kehilangan bekas-bekas isteri lelaki itu.

Kebanyakan penonton mengakui drama tersebut memberi debaran berbeza selain memuji setiap pelakon berjaya membawa karakter masing-masing dengan cemerlang.

Antara nama yang paling banyak disebut adalah Nazim kerana dikatakan menjayakan karakter lelaki psiko dengan baik sehingga membuat penonton gelisah dan tidak senang duduk.

“Menjadilah dia bawa watak Razman, jalan cerita pun padu.

“Nak cakap, menjadi betul watak lelaki psiko Nazim. Hilang karakter ‘oppa’, tengok mata pun sudah risau,” puji penonton.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN