fbpx
Mohamad Yafiy Darwish dipangku ibunya ketika berkunjung ke Pejabat One Hope Charity baru-baru ini.

Adik Darwish perlukan RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Di sebalik wajah ceria dan telatah aktif, seorang bayi lelaki berusia setahun rupa-rupanya sedang bertarung penyakit jantung kongenital yang kompleks dan memerlukan pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

Mohamad Yafiy Darwish Mo­ha­mad Faizal disahkan menghidap Tetralogy of Fallot iaitu ­ke­adaan yang menyebabkan a­li­ran darah beroksigen ke seluruh ba­dan tidak berlaku secara normal akibat kecacatan pada struktur jan­tung.

Ibunya, Mashitoh Mat Isa, 39, ber­kata, anak bongsu daripada empat beradik itu membesar se­perti bayi biasa sehingga ramai tidak menyangka dia menghidap penyakit serius.

Penyakit itu dikesan selepas Mohamad Yafiy Darwish meng­alami batuk berpanjangan ketika berusia enam bulan.

“Pada mulanya kami sangka batuk biasa, namun doktor me­ngesan bunyi tidak normal pada pernafasannya sebelum disahkan ada masalah jantung. Kami berasa sangat terkejut ke­rana dia kelihatan aktif dan tidak menunjukkan tanda-tanda se­perti sukar bernafas atau kulit kebiruan,” ­katanya.

Keluarga bayi itu berdepan ma­­salah kewangan apabila me­mer­lukan kira-kira RM100,000 un­tuk menampung kos pem­beda­han bagi membolehkan aliran darah kembali normal.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya melancarkan kutipan dana bagi membantu keluarga bayi tersebut men­dapatkan kos rawatan yang diperlukan.

Katanya, bapa bayi itu, Moha­mad Faizal Mohd. Noor, 44, men­cari rezeki dengan memban­tu meng­hantar buah mangga ke­pa­­da pengusaha kebun selain menjual buah di gerai tepi jalan, manakala isterinya pula suri rumah sepenuh masa.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang menerusi akaun Public Bank bernombor 3193433435 atas nama One Hope Charity & Welfare.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN