BANDAR kita hari ini bergerak pantas, bagai nadi metropolis yang tidak pernah tidur. Pencakar langit menjulang megah, projek perumahan tumbuh bagai cendawan selepas hujan, sementara slogan ‘bandar pintar’ dilaungkan saban waktu. Namun di sebalik kemajuan fizikal itu, muncul satu persoalan getir, adakah pembangunan ini benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat, atau sekadar kosmetik kepada tekanan urbanisasi yang kian menggila? Hakikatnya, landskap bandar di Malaysia kini berdepan paradoks. Kemajuan dirayakan, tetapi keresahan tidak pernah benar-benar reda. Harga rumah terus menekan, kemudahan awam……














