fbpx
Gambar Hiasan

Bekas pekerja syarikat telekomunikasi ditahan, curi telefon, Apple Watch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang bekas pekerja syarikat telekomunikasi melarikan peranti elektronik terbongkar selepas majikannya melakukan semakan ke atas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan selepas wakil syarikat berkenaan membuat laporan polis semalam.

Katanya, kehilangan beberapa buah telefon bimbit dan jam tangan Apple Watch itu disedari pihak syarikat selepas melakukan semakan terhadap CCTV premis berkenaan.

“Pengadu dimaklumkan stok telefon bimbit dan jam tangan banyak hilang dan mengesyaki ia dicuri bekas pekerjanya.

“Siasatan mendapati suspek merupakan bekas pekerja syarikat tersebut dan berhenti kerja pada 29 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, antara barangan yang dilaporkan hilang adalah 12 buah telefon pelbagai jenama, tiga utas jam Apple Watch dan wang tunai RM550 dengan jumlah kerugian RM83,000.

Polis turut merampas telefon bimbit, Apple Watch dan sebuah beg dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terbabit dalam kes tersebut. Suspek turut mengaku barangan dirampas milik syarikat (bekas majikannya) dan memaklumkan sebuah lagi telefon berada di kedai di Sungai Buloh untuk dibaiki,” ujarnya.

Tambahnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam perkhidmatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN