fbpx
Razali (kanan) merasmikan program Kesedaran Awam, Pendidikan dan Komunikasi Denai Sungai Kebangsaan di Dungun hari ini.

Hampir 1 juta ‘serbu’ Terengganu minggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Hampir sejuta pelancong membanjiri Terengganu sempena musim cuti perayaan Aidiladha pada minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, sebanyak 20 peratus ketibaan pengunjung sepanjang tempoh 22 Mei hingga 1 Jun itu merupakan pelancong asing.

“Berdasarkan unjuran semasa, seramai 943,161 orang memasuki Terengganu sepanjang minggu lalu.

“Ia turut melibatkan 20 peratus pelancong asing yang kebanyakannya dari Singapura, China dan Thailand,” katanya ditemui selepas merasmikan Program Kesedaran Awam, Pendidikan dan Komunikasi Denai Sungai Kebangsaan peringkat Terengganu.

Razali berkata, sebanyak 419,183 buah kenderaan direkodkan memasuki Terengganu menerusi Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang tempoh tersebut.

Beliau berkata, kemasukan pelancong memberangsangkan itu pasti memberi impak kepada ekonomi negeri khususnya peniaga kecil, pengusaha hotel dan inap desa.

“Kita akan mengetahui nilai keseluruhan perbelanjaan dilakukan pelancong terbabit menerusi perbelanjaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN