fbpx
DUA daripada tujuh tertuduh yang didakwa membunuh Arun Kumar di hadapan kedai makan di Pekan Nenas dibawa ke Mahkamah Majistret Pontian hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI / KOSMO!

7 lelaki didakwa bunuh Arun Kumar depan kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seramai tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemuda dengan cara menetak mangsa di hadapan sebuah makan di Pekan Nenas, bulan lalu.

Tertuduh ialah L. Puvaman, 22, Jovan Lee Jun Yang, 19, To Zheng Kang, 22, Chan Jia Yi, 19, Lee Ming Chen, 20, Lee Long Teck, 18. dan Pang Jun Jie, 28.

Kesemua tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majisteret Nurhafiza Haron. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama lagi lima suspek yang masih bebas melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas mangsa, R. Arun Kumar, 22.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Utama 3, Taman Utama, pada pukul 2.45 pagi, 21 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Sahira Rosli, manakala tertuduh pertama hingga kelima diwakili peguam Mohd Daud Ismail dan Hang Lee, manakala tertuduh keenam dan ketujuh masing-masing diwakili peguam D.S Evensia Mary dan Datin Freda Sabapathy.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 9 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN