fbpx
Gambar hiasan.

Jemaah haji Malaysia bak VVIP, kad Nusuk pun jarang diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ramai jemaah haji Malaysia berkongsi pengalaman menerima layanan istimewa termasuk daripada pihak berkuasa Arab Saudi, sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci sekali gus disifatkan rezeki daripada Allah SWT.

Menerusi perkongsian di Thread, mereka menceritakan pengalaman tersebut di ruangan komen selepas seorang pengguna Thread @Tengkuiqrim bertanyakan mengenai layanan istimewa sepanjang berada di Tanah Suci.

“Wahai haji dan hajah, apa layanan istimewa korang dapat sepanjang di sana? Betul ke Malaysia ni VVIP. Moga semua yang membaca dan belum direzekikan ke sana, akan dijemout bersama dengan orang tersayang tak lama lagi,” tanya lelaki tersebut pada satu hantaran.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Thread dan mereka mengakui, sering menerima layanan istimewa tersebut selepas mengetahui dari Malaysia.

“Orang lain dia marah isi air zam zam dalam botol. Waktu kita orang Malaysia, dia siap tawar tolong isikan,” kata pengguna Thread @Asiah Athirah.

“Ini pun betul, kita tak berebut nak isi air. Jadi tunggu saja tepi, akhirnya diorang ambil botol kita isikan. Rasa terharu betul,” komen @Sitinur6320.

“Guard (pengawal) lelaki (tanya), Melezia (Malaysia). Saya (jawab) na’am (ya). Terus bagi masuk duduk. Satu jam dapat tengok Kaabah (depan mata) sebelum masuk waktu isyak,” kata @Midot7.

“Betul, kami jarang sangat nak kena tahan periksa kad Nusuk dengan polis dan askar Mekah kat sini. Pergi kedai makan kan, kami diberi kerusi lebih lipat. Lepas kami makan, dia lipat balik, negara lain tak boleh duduk,” komen @Syiraghani.

“Askar atau polis tak periksa kad Nusuk kalau orang Malaysia. Depan-depan kita negara lain kena periksa. Sampai giliran kita, dia tengok kad gantung kat leher, dah tahu Malaysia,” komen @Wananis Wanaziz.

“Masa buat tawaf dan saie haji 2025, saya tolak mak guna kerusi roda cari tempat naik buggy. Lepas pusing satu masjid, sampai sana terus beratur dan minta tolong staf belikan tiket guna aplikasi (musim haji 200 riyal seorang). Tiba-tiba staf lelaki ni panggil kami masuk ke laluan buggy, saya pun cakap tak beli tiket lagi. Dia kata, ‘tak perlu, ini hari awak’. Alhamdulillah, rezeki mak saya dapat naik buggy percuma untuk selesaikan kerja haji,” komen @Annarazak.

“Laluan pendek dalam Masjidil Haram dah tutup pun, askar bagi saya dan mak lalu sebab dah kenal beg merah jemaah Malaysia yang mana kadangkala mungkin tidak dirasai jemaah negara lain,” komen Babakidal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN