fbpx
Gambar hiasan.

Kawasan utara, selatan dan Pantai Timur diramal hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah seluruh Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik) dan Terengganu (Setiu dan Kuala Nerus).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN