fbpx
Tangkap layar video anggota bomba yang menyertai SAR Jaslinda di hutan Gunung Batu Putih.

[VIDEO] Doa kami sihat pun dah lebih daripada cukup – Team SAR Jaslinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tak komen apa pun tak pa, doa kami sihat pun dah lebih daripada cukup.”

Demikian perkongsikan pengguna TikTok @Kopihangit iaitu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49.

Pada video dimuat naik kelmarin, anggota bomba tersebut berkongsi perjalanannya bersama rakan-rakan di dalam hutan tebal dan aktiviti mereka sepanjang SAR tersebut.

Dia turut memuat naik satu lagi video pada kelmarin, keadaan di dalam hutan yang menggambarkan mereka dalam keadaan baik.

“Selagi kami tak demam, kami okey ja. Kalau layan stres, lagi tak jadi apa kan,” katanya.

Ia kemudian mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok yang turut bersama-sama mendoakan keselamatan anggota pasukan SAR berkenaan selain berharap Jaslinda ditemui segera.

“Ahli bomba ini banyak jasa diorang. Moga diberi sihat tubuh badan untuk mereka,” komen pengguna TikTok Zarra73.

“Semoga yang terlibat misi pencarian Jaslinda diberi kesihatan, kekuatan mental dan fizikal. Semoga semuanya selamat,” kata Raff.

“Bertaruh nyawa untuk seorang yang tidak dikenali, tak ada pertalian darah,” komen Lyn.

“Saya doakan team abang-abang semua dalam keadaan sihat dan dapat jumpa Jaslinda,” kata Tlys.

Semalam Kosmo! melaporkan, keputusan sama ada SAR Jaslinda yang hilang di Gunung Batu Putih diteruskan atau ditangguhkan, akan ditentukan dalam mesyuarat khas yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon dilaporkan berkata, keputusan berhubung hala tuju operasi akan dibuat berdasarkan hasil perbincangan dan penemuan yang diperoleh sepanjang SAR dijalankan.

Beliau dipetik berkata, mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2 petang ini akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan melibatkan pelbagai agensi berkaitan termasuk polis serta Jabatan Perhutanan. – KOSMO! ONLINE

@kopihangitTak komen apa pun takpa, doa kami sihat pun dah lebih dari cukup.

♬ original sound – rm.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN