fbpx
MARINA IBRAHIM

PRN Johor: Bukan kerana merajuk – Marina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Keputusan bekas ADUN Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut bukan kerana merajuk atau kecewa.

Penyandang kerusi DUN Skudai itu berkata, ini termasuk ada keinginan untuk berada di kawasan yang lebih mudah dimenangi.

“Ini bukan pasal menang tak menang. S. Gopalakrishnan dari PKR (Parti Keadilan Rakyat) pun boleh menang di Tiram pada tahun 2018 walau dengan majoriti 1,500 lebih. Keputusan aku tak ada kaitan dengan cerita konon merajuk ke, nak duduk tempat selesa ke. Mengarut.

“Aku beritahu satu perkara ya. Kalau korang perhatikan setiap tulisan aku. Kenapa dari dulu aku cakap sukarelawan aku adalah tulang belakang? Mereka lain bangsa, lain agama tapi kenapa aku sangat hormati mereka bila nak ambil keputusan ni? Sebab mereka tahu sebab keputusan aku dan mereka berada dengan aku dalam semua keadaan,” tulis beliau dalam Facebook miliknya.

Sementara itu, menerusi satu hantaran berlainan dalam Facebook miliknya, Marina berkata, beliau menafikan dakwaan ‘kena beli’ atau akan melompat parti susulan dirinya dilihat kurang lantang mengkritik kerajaan negeri berbanding kebiasaan seorang pembangkang.

Menurut beliau, persepsi tersebut timbul kerana ramai yang menilai politik hanya melalui kenyataan keras dan serangan terbuka, sedangkan fokus utamanya adalah menyelesaikan masalah rakyat di lapangan.

“Ada yang cakap ‘lompat parti’ atau kena beli. Jawapannya tidak. Aku dah terangkan, segala keputusan aku buat adalah setelah perbincangan dengan semua mereka yang menjadi tulang belakang aku. Mereka ni yang faham cara kerja aku.

“Orang mula bina persepsi buruk dan tanggapan hanya sebab aku tak vokal dalam mengkritik,” katanya.

Pada Ahad lalu, Marina mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya pada PRN Johor akan datang dan berundur dari arena politik.

Keputusan Marina itu mengejutkan ramai pihak termasuk Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang berat hati menerima keputusan Marina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN