KLUANG – Mahkamah Sesyen di sini membenarkan reman ke atas adik pemandu BMW yang terlibat kemalangan maut empat sekeluarga di kilometer 27 Jalan Renggam-Simpang Renggam disambung sehari lagi.
Perintah reman terhadap suspek berusia 19 tahun itu dikeluarkan Hakim, Mujib Saroji bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Penasihat (Undang-Undang) Negeri Johor pada hari ini untuk dapatkan arahan selanjutnya.
Semalam, Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan reman selama dua hari terhadap suspek yang dipercayai berlumba bersama abangnya yang turut maut dalam kemalangan berkenaan. – KOSMO! ONLINE














