fbpx
SEMUANYA berbaloi! Demi mendapatkan fizikal ideal seorang peninju, Zul Ariffin sanggup menjalani rejim diet cukup menyeksakan, dia tidak makan selama 17 hari sebaliknya hanya minum air, bersenam dan tidur.

‘Paling brutal, pertama kali pitch diri, semuanya berbaloi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAMA Zul Ariffin bukan calang-calang dalam kalangan penggiat seni tanah air. Hampir tiga dekad membina pengaruh, susuknya kini berada dalam kelompok papan atas dalam dunia perfileman tanah air.

Bukan cakap tin kosong, aktor berusia 39 tahun itu layak diangkat sebegitu memandangkan kecintaannya terhadap seni lakon tetap menyala. Dia sudah milik trofi terbaik, namun masih melakukan pelbagai perubahan demi menjayakan sesebuah watak.

Buktinya, dia sanggup menjalani rejim diet yang menyeksakan untuk mendapatkan berat badan ideal demi watak sebagai Firdaus iaitu peninju tersohor dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.

Mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 28 Mei lalu, pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin itu mendedahkan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) hanya dalam tempoh 17 hari.

“Sepanjang 17 hari pertama, saya memang tak makan langsung, hanya minum, telan air liur, marah dan tidur. Rasa seperti tiada kehidupan.

ZUL mengakui filem tentang peninju merupakan satu daripada ‘bucket list’ dirinya.

“Saya pun tidak mahu nampak buruk tambahan pula saya sendiri yang menawarkan diri untuk filem ini dan minta penerbit pilih saya untuk menjayakan karakter Firdaus,” katanya kepada HibGlam.

Kongsinya, dia tekad mengenepikan selera makan hanya untuk mendapatkan bentuk dan berat yang ideal sebagai seorang peninju.

Kata Zul, komitmen diet tersebut dilakukan kerana enggan mensia-siakan usahanya ‘menjual diri’ untuk mendapat tempat dalam The Furious.

“Demi The Furious, saya tolak tepi selera dan keinginan nak makan macam-macam benda.

“Sebelum ini badan saya agak besar. Pinggang saya daripada saiz 36 turun ke 31. Secara keseluruhan, saya berjaya turun berat badan sebanyak 23.5kg, daripada 103 kilogram menjadi 79.4kg.

“Sangat susah, boleh dikatakan watak paling ‘brutal’ tetapi saya memang nak sangat watak Firdaus dan sanggup buat apa sahaja sebab ini kali pertama ‘pitch’ diri sendiri serta mahu semua usaha berbaloi,” ujarnya.

Kedengaran mudah tetapi menurut bintang filem Tarung Unforgiven itu, rutin diet yang dilakukan mencabar keupayaan mental dan fizikalnya.

“Setiap hari, saya tidak boleh ambil makanan lebih daripada 600 kalori. Paling tinggi hanya 800 kalori sahaja, sebiji burger pun sudah 400 kalori.

“Pelakon lain kena tambah berat tetapi saya sebaliknya. Selepas berlatih saya tak makan dan banyak kali muntah, pening kepala, pitam tiga kali serta hidung berdarah dua kali.

“Memang ‘struggle’ tetapi pada akhirnya, itulah komitmen untuk melihat sejauh mana kita mampu lakukan untuk menjayakan sesuatu watak tetapi tetap perlu ada sistem dan ilmu,” jelasnya.

ZUL ARIFFIN mengakui watak peninju bernama Firdaus dalam The Furious merupakan watak paling ‘brutal’ pernah dilakonkannya.

Impian jadi peninju

Bercerita lanjut mengenai tindakannya menawarkan diri sendiri untuk watak Firdaus, Zul mengakui sudah lama mengimpikan untuk berada dalam naskhah yang mengangkat sukan tinju.

“Ketika saya dengar pengarah iaitu Bear nak buat filem tentang tinju, memang teruja sebab ini adalah satu sukan yang saya suka sejak kecil dan mengimpikan peranan sebagai peninju.

“Ketika mereka bercakap tentang filem itu, saya terus terfikir, tak mahu berikan tawaran ke? Sedangkan nama saya tiada pun dalam senarai cadangan pelakon kemudian saya yang tawarkan diri sendiri.

“Ini pertama kali dalam karier dan tidak pernah dalam hidup ‘pitch’ diri sendiri untuk filem. Sebab itu saya gigih berlatih berbulan-bulan dengan pelakon lain dan turunkan berat badan yang sebelum ini seperti peti ais,” jelasnya yang berpeluang bertarung dengan barisan pelakon muda seperti Sky Iskandar dan Ikmal Amry.

“Ini bucket list saya, nak masuk gelanggang, kemudian dapat pula berlawan dengan Ikmal yang tenaga memang tinggi.

“Sepanjang tempoh latihan yang memang sukar, pelakon lain boleh makan apa sahaja sebab nak naikkan berat badan termasuk durian dan coklat.

“Sementara saya, menganga sajalah. Saya tidur lapar, bangun pun lapar tetapi itu semua demi watak sebab tak mahu menyesal melihat diri sendiri ketika filem ini ditayangkan di pawagam,” ujarnya lagi.

GANDINGAN Zul bersama Sky Iskandar dalam The Furious boleh dikatakan sesuatu yang baharu dan begitu menyakinkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN