fbpx
JAMELIAH Abdul Manaf ditemui pemberita di Mekah, semalam.

Ganjaran bantu asnaf, suri rumah tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEKAH – Keikhlasan seorang suri rumah membantu golongan asnaf sejak lebih 16 tahun lalu akhirnya membuka jalan buatnya untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci tahun ini.

Jameliah Abdul Manaf, 66, antara 75 penerima tajaan penuh haji kerajaan negeri Selangor, menyifatkan peluang menjadi tetamu Allah itu sebagai ganjaran tidak ternilai selepas berbakti kepada masyarakat tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Katanya, pelbagai urusan kebajikan termasuk membantu golongan tiada dokumen pengenalan diri, mendapatkan bantuan zakat dan menyelesaikan masalah perumahan penduduk setempat dilakukan atas dasar prihatin terhadap nasib memerlukan.

“Apabila dimaklumkan nama saya dicalonkan untuk menerima tajaan haji ini, saya pada mulanya menolak kerana merasakan ramai lagi yang lebih layak.

“Namun apabila dimaklumkan ia adalah perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, saya menerimanya sebagai rezeki dan jawapan kepada doa yang dipanjatkan selama ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut beliau, kini lebih 250 individu dan keluarga telah berjaya di bantu melalui pelbagai bentuk bantuan termasuk zakat, perumahan, pendidikan dan kebajikan.

Ibu kepada empat anak dan nenek kepada sembilan cucu itu berkata, beliau mula aktif membantu golongan asnaf sekitar 2010 dengan menguruskan pelbagai urusan kebajikan.

Jameliah berkata walaupun ketika itu belum dilantik secara rasmi sebagai amil, beliau tetap menjalankan tugas berkenaan atas dasar tanggungjawab sosial.

“Bila satu kes berjaya diselesaikan, orang lain pula datang meminta bantuan. Dari situ kerja kebajikan ini berkembang dan saya teruskan sehingga sekarang,” katanya.

Jameliah kemudiannya menerima tauliah sebagai amil pada 2019 dan pernah diiktiraf sebagai Penolong Amil Kariah Terbaik selama dua tahun berturut-turut.

Jamaliah berkata antara pengalaman yang paling sukar dilupakan ialah membantu sebuah keluarga yang kehilangan tempat tinggal sehingga terpaksa mencari perlindungan sementara.

@Bila akhirnya mereka dapat rumah dan kehidupan yang lebih baik, perasaan itu sangat sukar digambarkan.

“Itulah kepuasan sebenar apabila melihat orang yang susah dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN