fbpx
Nurul Ain (tiga dari kanan) sedang menyiram air mawar di pusara Nur Airish Syifa sambil diperhati suaminya, Sidek (dua dari kanan) dan anak sulungnya, Amirul Syafiq (kanan) di Tanah Perkuburan Islam Al Muktafi Billah Shah, Dungun hari ini.

Nahas 4 maut: Syifa tak sempat lihat adik lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Hasrat Nur Airish Syifa Sidek, 10, untuk melihat adiknya lahir tidak tercapai apabila dia maut bersama nenek serta bapa saudara dan ibu saudaranya dalam nahas di Simpang Renggam, Johor, semalam.

Ibunya, Nurul Ain Mohd. Rashid, 38, yang sedang hamil lima bulan berkata, Nur Airish Syifa amat teruja untuk menerima adik baharu ekoran sudah 10 tahun bergelar bongsu daripada dua beradik.

“Nur Airish Syifa paling teruja menunggu kelahiran adiknya yang dijangka pada bulan November depan.

“Dia malah beria-ia merancang membantu saya dan suami memilih pakaian bayi buat adiknya namun hasratnya tidak tercapai. Allah lebih sayangkan dia,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Jenazah Nur Airish Syifa dikebumikan bersama ibu dan bapa saudaranya, Mohd. Aiman, 36; Nor Azlina Abd Latif serta ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73, bersebelahan pusara datuk kanak-kanak tersebut, Mohd. Rashid Dolah yang meninggal dunia dua minggu lalu.

Nurul Ain yang sebak berkata, Nur Airish Syifa yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Durian Mas II di sini mengikut Mohd. Aiman dan isteri bercuti di Kota Tinggi, Johor sejak Khamis lalu sempena cuti persekolahan.

Katanya, sepatutnya anak bongsunya itu dihantar pulang ke rumah di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah oleh adik lelakinya, Mohd. Aiman pada Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN