fbpx
Hussein. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

Party gay: 51 individu dituduh di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 51 individu yang ditahan dalam serbuan sebuah pesta ‘gay’ di sebuah hotel mewah di ibu negara baru-baru ini, telah didakwa di mahkamah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

“Daripada jumlah itu, seramai 17 individu telah dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi didakwa mengikut Seksyen 39A(1) akta sama.

“Baki 33 individu pula telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Huseein berkata, siasatan mengenal pasti seorang lelaki warga China yang dipercayai terlibat sebagai penganjur acara berkenaan.

Menurutnya, individu tersebut telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil siasatan mendapati pesta itu dipromosikan menerusi platform Instagram menggunakan akaun persendirian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati dadah yang dirampas dipercayai digunakan untuk kegunaan sendiri oleh peserta yang menghadiri pesta berkenaan.

Jelasnya, tiada unsur pengedaran dikenal pasti setakat ini, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan punca bekalan.

Hussein menambah, pihak polis masih menunggu laporan daripada hospital berhubung punca kematian seorang lelaki yang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semasa operasi tersebut.

“Setakat ini, pihak hospital masih belum mengeluarkan keputusan berhubung punca kematian mangsa dan memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan proses berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN