fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

‘Tolonglah sekolah esok, boleh tertanggal pintu peti ais aku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan ibu-ibu berkongsi bahawa peti ais di rumah mereka menjadi ‘mangsa serangan’ anak-anak hampir setiap minit sepanjang cuti sekolah ini, semata-mata mahu mencari makanan.

Menerusi perkongsian ibu-ibu tersebut di media sosial, boleh dikatakan anak-anak mereka seperti tidak kenyang-kenyang dan setiap masa hanya memikirkan tentang makanan sepanjang dua minggu cuti di rumah.

Selain itu, ada juga ibu-ibu memberi gambaran pintu peti ais rumah mereka mungkin tertanggal kerana kerap dibuka, bahkan ada juga ibu yang berkongsi peti ais mereka rosak ketika ini.

Pengguna Thread, Almasdqiara menerusi hantarannya menggambarkan keadaan dihadapi di rumah dan secara berseloroh berharap cuti sekolah tamat segera.

“Tolonglah sekolah mula esok. Boleh tertanggal pintu peti ais aku,” katanya.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang meninggalkan komen situasi sama dihadapi di rumah apabila anak-anak mereka sedang bercuti ketika ini.

“Situasi saya pula, baru je makan malam, anak dah tanya, ‘mama esok nak masak apa?’. Menekan-nekan pula dia tanya tentang menu esok. Makan malam pun belum sempat proses kat perut,” komen Surya.

“Peti ais saya dah tak sejuk. Entah apa yang mereka cucuk sampai bocor keluar gas. Sudah satu hal kena beli peti ais baharu,” kata Kila.

“Setiap lima minit buka peti ais. Cari apa dalam tu tak tahu lah,” komen Shah.

“Baru kau tahu kak, tu dekat sekolah lagi lah. Pintu jamban, paip air, sinki, loker buku semua dah tercabut,” komen pengguna Thread Mior Haziq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN