fbpx
Tangkap layar video dashcam yang dimuat naik di Threads oleh Afiqtobi9.

[VIDEO] Meluru masuk smartlane, nasib baik tayar cengkam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan mementingkan diri seorang pemandu kereta yang menukar laluan secara tiba-tiba demi memasuki lorong Smart Lane mengundang detik cemas bagi seorang penunggang motosikal.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh Afiqtobi9, dia berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan situasi cemas tersebut ketika dia sedang menunggang motosikal di laluan kiri lebuh raya.

Menurutnya, sebelum kejadian berlaku, dia sudah pun memperlahankan motosikalnya kerana terdapat sebuah kereta sedang bersedia untuk memasuki laluan Smart Lane.

“Tengah nak slow down (perlahan) sebab ada kereta putih dekat laluan kiri.Tiba-tiba ada kereta pancung dari laluan kanan terus masuk Smart Lane.

“Lorong kiri ada kereta putih tu, memang blindspot (titik buta) lah kau tak nampak aku. Tunggu dulu kat laluan kiri, dah clear (kosong) baru masuk,” katanya.

Tambah, dia tidak marah dengan tindakan pemandu yang mahu menggunakan kemudahan Smart Lane, namun tindakan beralih lorong secara meluru itu dianggap tidak berhemah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa berang terhadap sikap pemandu kereta tersebut.

“Pergh nasib tayar grip (cengkam) elok atas rumput. Kalau motor aku dah ke longkang dah ni,” ujar Symtsui.

“Bang motor abang takde hon ke geram saya tengok, nasib baik tak jadi apa-apa,” kata Yamm.hm pula.

“Jenis nak masuk terus potong dua tiga laluan. Bukannya nak masuk satu-satu, saya dah selalu kena,” tambah Azera_Ahmad. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN