fbpx
SALAH mungkin bakal membuat pertimbangan untuk kekal di Anfield selepas pemecatan Slot. - AFP

EPL: Salah mungkin buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Karier Mohamed Salah bersama Liverpool mungkin belum benar-benar berakhir biarpun dia telah mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong di Anfield minggu lalu selepas sembilan tahun yang penuh gemilang bersama The Reds.

Salah masih memiliki kontrak di Anfield sehingga hujung musim depan, namun telah mencapai persetujuan dengan pihak kelab untuk menamatkan kontraknya lebih awal.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu di Anfield selepas Arne Slot dipecat menyaksikan terdapat cadangan supaya Salah mempertimbangkan semula keputusannya untuk meninggalkan Liverpool.

Salah sebelum ini dilapor sering berselisih pendapat dengan Slot apabila secara terbuka mengkritik pendekatan yang digunakan oleh pengendali dari Belanda itu sehingga membuat keputusan meninggalkan Liverpool lebih awal.

Biarpun kemungkinan untuk Salah membuat pusingan U dan kembali beraksi untuk Liverpool dianggap tipis, keputusan pemecatan Slot memberi harapan baharu untuk para peminat The Reds menyaksikan bintang sensasinya itu terus kekal.

Setakat ini, Salah tidak banyak dikaitkan dengan kelab-kelab besar di England atau Eropah, dengan perpindahan ke Arab Saudi atau Amerika Syarikat menjadi pilihan yang paling banyak disebut.

Liverpool dijangka melantik Andoni Iraola sebagai pengganti Slot dan pengurus itu dijangka membawa beberapa pemainnya di Bournemouth seperti Alex Scott dan Eli Junior Kroupi menyertainya di Anfield. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN