fbpx
KEADAAN kemalangan yang berlaku di Jalan Bahau-Kemayan, malam tadi. Foto IHSAN PDRM

Nahas Bahau-Kemayan ragut dua nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Dua lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta jenis Volkswagen yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar papan tanda jalan dan sebatang pokok dalam kemalangan di Jalan Bahau–Kemayan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.40 malam di laluan berkenaan ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Temerloh.

Menurutnya, kereta yang dipandu lelaki Melayu berusia 31 tahun itu turut dinaiki dua penumpang lelaki, masing-masing berumur 27 dan 25 tahun.

“Siasatan awal mendapati, setibanya di lokasi kejadian, ketika melalui satu selekoh, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan arah bertentangan. Kenderaan itu kemudian melanggar papan tanda arah jalan dan seterusnya merempuh sebatang pokok,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, pemandu dan penumpang belakang cedera parah serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang duduk di hadapan sedang menerima rawatan di Hospital Jempol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN