JOHOR BAHRU – Rata-rata ibu bapa menyambut baik keputusan kerajaan yang melarang kanak-kanak bawah usia 16 tahun mendaftar akaun media sosial terutama dalam melindungi golongan itu daripada pelbagai ancaman buli, gangguan seksual dan masalah kesihatan mental. Menurut mereka, langkah itu adalah sebagai ‘pelindung digital’ bagi memastikan kesejahteraan generasi muda yang semakin terdedah kepada penggunaan gajet tanpa kawalan. Suri rumah, Siti Noor Asiah Muda, 36, berkata, kanak-kanak kini terlalu mudah leka melayari media sosial sehingga menghabiskan banyak masa di hadapan skrin……














