fbpx
Jaslinda ketika tiba di Kem Batu Core pada pagi 24 Mei lalu, sebelum gagal dikesan pada tengah hari.

Jaslinda memang gemar aktiviti lasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih, di sini sejak Sabtu minggu lalu sangat menggemari aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menyelam di lautan.

Menurut seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, Jaslinda dan suaminya, Haszman Othman, 61, akan melakukan aktiviti lasak setiap kali berkelapangan terutamanya semasa cuti umum.

“Tiada sebarang perubahan melibatkan dirinya sebelum mengikuti ekspedisi ini selain meminta izin suaminya terlebih dahulu.

“Dia merupakan anak kedua daripada empat adik beradik dan keluarganya berasal dari Kampung Delek, Klang Selangor,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh, Tapah hari ini.

Katanya, Jaslinda menetap bersama suaminya di Damansara dan bekerja di sebuah syarikat swasta dan berharap agar wanita itu dapat ditemui dengan selamat tanpa kecederaan serius.

Terdahulu, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN